Search This Blog

Tuesday, May 12, 2009

Tips Cinta...

Akceli nk tulis lain..tp memandangkan Ndku ke Sabah lagi..mmg opis dia set up kat sana...projek kat sana..so sebulan sekali kena la kesana..tetiba aku senti plak..bila dia pegi..mungkin mood2 Hari Ibu masih ada lg..so tahap kesentimentalan masih menebal la kot..selalunya aku ok&epi jeks..tak pyh masak..horey..tp kali ni rasa syahdu plak..so terimalah naskah ini..

TIPS CINTA SUAMI ISTERI
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap
kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,
tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon
pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa
yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati
sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan
sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana
pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang
dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan
meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah
tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar
berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau
sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada
disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet
atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting
untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama
serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak
segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau
suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk
peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja
yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu
yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa
bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah
isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk
mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang
bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik
dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda
mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda
membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk
melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


~aku ni update xkira hari..so gambo2 Mother's day ari tu dgn present..aku tunjuk later la eks..~

No comments:

Post a Comment